29 kluster baharu Covid-19, lapor KKM
Iklan
KEMENTERIAN Kesihatan hari ini merekodkan 29 kluster baharu Covid-19, yang mana 19 dikesan di tempat kerja, lapan komuniti dan satu dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 29 kluster itu dikesan di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Perak, Kelantan, Labuan, Pahang, Kedah dan Perak.
Beliau berkata jumlah kluster keseluruhan adalah sebanyak 2,999 dengan 855 kluster aktif di seluruh negara. – 8 Julai, 2021.
MENYUSUL