Iklan

Industri pengiklanan tidak terjejas teruk akibat pandemik

Hailey Chung Wee Kye3 years ago13th Jul 2021Berita
49931245372 f8d2ec9f88 o
Perbelanjaan pengiklanan pada 2020 di Malaysia merosot hanya 14% berbanding 2019, ketika negara berdepan pandemik, kata pemain industri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Julai, 2021.
Iklan

BANYAK perniagaan masih terus membeli iklan walaupun sedang berdepan tempoh suram akibat pandemik, kerana mereka mahu kewujudan jenama mereka sentiasa dapat dilihat di mata pelanggan, kata pemain industri.

Mereka berkata walaupun ada perniagaan tertentu yang tidak dapat memperuntukkan bajet pengiklanan untuk memberi keutamaan kepada kelangsungan hidup, tetapi ada syarikat mengambil peluang pada masa ini untuk saling bersaing.

Pengiklan juga melihat perubahan lanskap apabila berlaku peningkatan permintaan untuk pengiklanan layan diri dan tempahan khusus peribadi.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama AdEasy Therine Goh berkata perbelanjaan pengiklanan pada 2020 di Malaysia merosot hanya 14% berbanding 2019.

Perbelanjaan keseluruhan pengiklanan di Malaysia menurun daripada RM13.5 bilion kepada RM11.5 bilion pada 2020, menurut AIMS Research.

“Ini menggambarkan betapa industri pengiklanan dapat bertahan. Perniagaan masih membuat pengiklanan untuk berkembang,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Ini sebenarnya masa yang sesuai untuk beriklan ketika pesaing menarik balik semua aktiviti pengiklanan mereka.”

Beliau memetik kata-kata “jauh di mata, jauh di hati” dan berkata amat strategik untuk perniagaan mempunyai pelan pengiklanan yang baik untuk kekal di ingatan pelanggan.

Naib Presiden Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) Claudian Navin Stanislaus berkata ini adalah masa terbaik untuk pencabar jenama untuk bangkit dan disedari kehadirannya dalam pasaran.

“Risiki pada masa ini menjadi komodi, iaitu ada kemungkinan ia antithesis daripada penjenamaan.

“Setiap faktor perbezaan dan nilai yang dibina dalam satu tempoh masa dan hubungan yang terbina dengan pelanggan akan dinilaikan jika ia menjadi komoditi,” katanya.

Bagaimanapun, Claudian yang juga bercakap sebagai ketua komunikasi dan pemasaran pengguna di Baba Products (M) Sdn Bhd, berkata jenama juga perlu berwaspada.

“Jenama juga perlu sensitif kepada pelanggan. Untuk fokus kepada inisiatif jenama besar mungkin dilihat sensitif pada masa ketika pelanggan mereka sedang membuat pilihan sukar untuk kelangsungan hidup.”

Claudian berkata industri pengiklanan yang menjadi antara penyumbang terbesar ekonomi pada masa pra pandemik, perlu diberi sokongan dalam cara tertentu kerana industri ini sering terlepas pandang.

“Industri ini merayu untuk mendapat bantuan kerajaan, tetapi  secara khususnya masalah dihadapi industri masih belum ditangani,” katanya. – 13 Julai, 2021.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan