Kes baharu Covid-19 turun di bawah 9,000, Selangor catat 4,308 kes
Iklan
SELEPAS melonjak ke angka 9,000 dalam tempoh tiga hari terakhir, Malaysia menyaksikan penurunan kes baharu Covid-19 hari ini dengan 8,574 jangkitan baharu dilaporkan dalam 24 jam terakhir.
Selangor menyumbang lebih dari separuh kes hari ini dengan 4,308 jangkitan. Ini diikuti oleh Negeri Sembilan dengan 794 kes dan Kuala Lumpur 609 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 844,870.
Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor (407), Sabah (298), Sarawak (235 ), Penang (231), Kelantan (133), Perak (168), Kedah (415), Melaka (411), Pahang (314), Terengganu (140), Labuan (66) dan Putrajaya (45).
Perlis satu-satunya negeri yang tidak melaporkan sebarang jangkitan.
Negara ini melaporkan 9,180 kes pada 9 Julai dan 9,353 kes pada 10 Julai. Sementara itu, 9,105 kes lain dilaporkan semalam.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 11.36 juta dos vaksin sudah diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.
Sebanyak 7.84 juta diberikan sebagai dos pertama meliputi 33.5% populasi dewasa di Malaysia sementara 3.52 juta orang atau 15.1% populasi dewasa di negara ini sudah menerima vaksin sepenuhnya. – 12 Julai, 2021.