Iklan

Selangor akan terima 4 juta dos vaksin bulan ini, kata menteri 

Ragananthini Vethasalam3 years ago13th Jul 2021Berita
Vaksin
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata langkah itu tidak akan menyebabkan perubahan kepada jadual penghantaran vaksin ke negeri lain.– Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Julai, 2021.
Iklan

SELANGOR akan menerima empat juta dos vaksin Covid-19 bulan ini, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) memutuskan untuk memberikan dos tambahan sebanyak satu juta kepada negeri itu, katanya pada sidang media hari ini.

“Langkah ini adalah untuk mempercepatkan imuniti kelompok. Ini juga akan melibatkan peningkatan kapasiti di pusat vaksinasi.”

Menurutnya, langkah ini tidak akan menyebabkan perubahan kepada jadual penghantaran vaksin ke negeri lain.

Selangor terus mencatatkan kes Covid-19 harian tertinggi dengan 5,263 kes hari ini.

Di Lembah Klang, sekurang-kurangnya 3 juta orang atau 36.5% penduduk telah menerima satu dos vaksin Covid-19, sementara 934,000 atau 11.1% orang telah menerima kedua-dua dos tersebut.– 13 Julai, 2021.

Iklan
Iklan