KKM lapor 23 kluster baharu Covid-19
Iklan
KLUSTER tempat kerja dan komuniti antara yang tersenarai dalam 23 kluster baharu Covid-19 yang dikesan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata kluster tempat kerja mendominasi senarai dengan 13 kluster sementara 10 yang lain berpunca dari jangkitan komuniti.
Sebanyak 13 kluster tempat kerja dikesan di kilang, syarikat perkhidmatan, tapak pembinaan dan ladang.
Kluster berkenaan adalah:
1. Jalan Pendekar 18 di Johor Bahru, Johor - 8 kes
2. Jalan Indah 15 di Johor Bahru, Johor - 9 kes.
3. Jalan Molek Tiga di Johor Bahru dan Pontian, Johor - 11 kes
4. Jalan Bukit Mor di Muar, Johor - 31 kes
5. Industri Teknologi 4 di Tangkak, Johor - 9 kes
6. Jalan Selayang Utama di Gombak, Selangor - 15 kes
7. Industri Perkampungan Perabut di Hulu Selangor, Selangor - 12 kes
8. Tapak pembinaan Laluan Kuala Selangor di Kuala Selangor - 9 kes
9. Industri Jalan Usaha Lima di Melaka Tengah dan Jasin, Melaka - 26 kes
10. Industri Bukit Minyak 11 di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang - 34 kes
11. C2 Kubang Kerian di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan- 10 kes
12. Jalan Taiping Kuala Sepetang di Larut, Matang, dan Selama, Perak - 8 kes
13. Gajah Mati Bukit Besi di Dungun, Terengganu - 21 kes
Sementara itu 10 kluster komuniti adalah:
1. Kampung Sungai Buloh di Jelebu, Negeri Sembilan- 22 kes
2. Taman Waja di Kuala Pilah, Negeri Sembilan- 63 kes
3. Kemahang Dua di Tanah Merah, Kelantan-20 kes
4. Kampung Muring di Kota Bharu dan Jeli, Kelantan dan Gombak, Selangor - 23 kes
5. Jalan Mawar Ulu Tebrau di Johor Bahru, Johor - 14 kes
6. Jalan Biru di Kulai, Johor - 25 kes
7. Dah Kampung Batu di Kulim, Kedah - 56 kes
8. Kuala Permai di Alor Gajah and Melaka Tengah di Melaka - 34 kes
9. Kampung Baru Air Panas di Titiwangsa, Kuala Lumpur - 29 kes
10. Pulau Serain di Dungun dan Marang, Terengganu - 24 kes
Kluster Kemahang Dua, Jalan Biru dan Kampung Muring berpunca dari pengebumian sementara Kuala Permai dan Jalan Permai dikaitkan dengan lawatan.
Dr Noor Hisham berkata sehingga kini terdapat 870 kluster aktif di negara ini. – 13 Julai 2021.