Iklan

Suhakam siasat 4 kes kematian dalam tahanan, kata pesuruhjaya hak asasi

Aminah Farid3 years ago14th Jul 2021Berita
Jerald
Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph berkata tidak semua kes disebabkan oleh kekasaran atau penderaan oleh pihak berkuasa.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Julai, 2021.
Iklan

SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat empat lagi kes kematian dalam tahanan, kata pesuruhjayanya Jerald Joseph.

Katanya, tiga kes adalah kematian di penjara sementara satu kes kematian dalam tahanan polis.

“Tidak semua kes disebabkan oleh kekasaran atau penderaan oleh pihak berkuasa. Ada juga kes yang disebabkan oleh kecuaian kesihatan atau kegagalan mematuhi prosedur mahkamah,” katanya dalam satu sidang media.

Tahun ini sahaja terdapat laporan 16 kematian dalam tahanan.

Kes pertama yang Suhakam siasat melibatkan seorang banduan warga Nepal yang meninggal dunia di Penjara Kluang, Johor.

Kejadian berlaku pada 30 Mei lalu dan banduan berkenaan dilaporkan menggantung diri di bilik penjaranya, kata Jerald.

Suhakam juga menyiasat kematian Surendran Shanker yang meninggal dunia semasa dalam tahanan di Penjara Simpang Renggam, Johor.

Mendiang berumur 21 tahun dan ditahan selama sebulan.

Kes ketiga ialah kematian Sivabalan, 42, yang meninggal dunia selepas ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Selangor.

Suhakam juga menyiasat kematian Roopan Karnagaran, 25, yang meninggal dunia di Penjara Kajang pada 21 Jun.

Semalam, badan hak asasi manusia Edict mengumumkan kempen memperingati mereka yang mati dalam tahanan pada 16 Julai ini. – 14 Julai, 2021.

Iklan
Iklan