Iklan

Lebih 100,000 orang dirawat Covid-19 di seluruh Malaysia sekarang

Ragananthini Vethasalam3 years ago14th Jul 2021Berita
Covid-19 corona virus hkl icu 06 (1)
878 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 432 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Julai, 2021.
Iklan

KES aktif Covid-19 melepasi paras 100,000 hari ini dengan 101,359 pesakit sedang dirawat di seluruh negara, umum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini adalah rekod harian terbaru penularan Covid-19 sejak virus itu dikesan di negara ini pada hujung Januari 2020.

Daripada jumlah itu, 878 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 432 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham juga berkata Covid-19 meragut nyawa 118 lagi pesakit dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan keseluruhan angka korban kini 6,503 orang.

13 kes kematian di luar hospital turut dilaporkan.

Bagaimanapun profil si mati tidak disertakan pada kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini.

Ia biasanya mengandungi butiran seperti umur mangsa, sejarah kesihatan dan lokasi kematian.

Selangor terus merekodkan kes kematian tertinggi dengan 46 kes, diikuti Kuala Lumpur 18 kes, Negeri Sembilan 16 kes, Johor 13 kes dan Kedah lima kes.

Sabah dan Sarawak masing-masing melaporkan empat kes kematian manakala Labuan, Kelantan, Perak, Pahang, dan Melaka masing-masing merekodkan dua kematian.

Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing merekodkan satu kes kematian.– 14 Julai, 2021.

Iklan
Iklan