Iklan

26 kluster Covid-19 dikesan hari ini

Ragananthini Vethasalam3 years ago14th Jul 2021Berita
Klaster
Kluster tempat kerja masih lagi menyumbang kes Covid-19 tertinggi di negara ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Julai, 2021.
Iklan

EMPAT daripada 26 kluster Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah berkaitan dengan sektor penjagaan kesihatan, kata Dr Noor Hisham Abdullah. 

Ketua pengarah kesihatan berkata empat kluster berkenaan dikategorikan sebagai berisiko tinggi.

Kluster Jalan Kelaboran di Tumpat, Kelantan yang melaporkan 11 kes melibatkan kakitangan sebuah institut kesihatan. 

Sentosa 2 di Kuching, Samarahan, Asajaya dan Bau, Sarawak (52 kes), Dah Melor di Sik, Baling, Pendang, dan Kuala Muda (49 kes), Kedah melibatkan kakitangan dan pesakit di sebuah kemudahan kesihatan. 

Kluster keempat dikenali sebagai Jalan Pahat 15 menyaksikan lonjakan 104 kes dan dikesan susulan ujian saringan bersasar ke atas petugas kesihatan. 

Sementara itu kluster tempat kerja adalah yang paling banyak dikesan hari ini iaitu 15.  

Kluster tempat kerja yang disenaraikan adalah:

  1. Lorong Aik Hwa di Muar, Johor -15 kes
  2. Persiaran Teknologi 11 di Kulai dan Johor Bahru, Johor -15 kes
  3. Jalan Dian 19 di Johor Bahru, Johor -11 kes
  4. Jalan Teo Kui Ngo di Meradong, Sarawak -13 kes
  5. Jalan Lebuh Ayer Keroh di Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah, Melaka - 33 kes
  6. Jalan Jasin Bestari di Jasin, Melaka - 47 kes
  7. Dah Saga Industri Sungai Petani di Kuala Muda dan Kulim - 75 kes
  8. Dah Ketil Industri Baling di Baling, Kuala Muda, Kulim dan Sik, Kedah - 31 kes
  9. Lorong Ara di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 12 kes
  10. Jalan Ampang Sejahtera di Titiwangsa, Kuala Lumpur - 7 kes
  11. Tapak Bina Metropolis 2 - 69 kes
  12. Jalan Sinar Sentul - 9 kes
  13. Industri Alam Jaya 2/3 di Kuala Selangor dan Gombak - 33 kes
  14. Industri Jalan Mas Tujuh di Sepang, Selangor - 5 kes
  15. Jalan Medan Seksyen Sembilan di Hulu Langat, Selangor - 15 kes

Kluster ini dikesan di kilang, tapak pembinaan, premis beli belah dan syarikat perkhidmatan. 

Tujuh lagi kluster yang dikesan hari ini adalah daripada penularan komuniti.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini 876 kluster aktif direkodkan di seluruh negara. – 14 Julai, 2021.


 

Iklan
Iklan