Iklan

Bolehkah Dr Mahathir tangani wabak Covid-19, soal penganalisis

Noel AchariamAminah Farid3 years ago15th Jul 2021Berita
Mahathir mohamad 160717 tmiseth 13
Dr Mahathir Mohamad berkata sanggup meninggalkan Pejuang jika diberi peranan dalam PPN untuk menangani Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Julai, 2021.
Iklan

MAMPUKAH Dr Mahathir Mohamad membantu menyelesaikan masalah pandemik Covid-19 yang melanda negara jika bekerjasama dengan Putrajaya, soal penganalisis.

Mereka mempersoalkan apakah bekas perdana menteri dapat menangani wabak ini dengan lebih baik dan memberikan pandangan baharu berbanding langkah diambil sekarang.

Prestasi buruk Perikatan Nasional (PN) dalam menangani krisis ini menyaksikan kes harian meningkat sehingga lebih 13,000 jangkitan hari ini dan menjadikan jumlah kematian sebanyak 6,158 kes.

Saintis politik Prof Wong Chin Huat mempersoalkan apa tindakan boleh diambil Dr Mahathir yang belum diambil oleh Putrajaya.

“Apa punca kegagalan kita? Apa yang Dr Mahathir tawarkan yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain?

“Jika ia melibatkan hala tuju polisi, maka apakah arah polisi spesifik Dr Mahathir? Jika sokongan antara parti yang menjadikan proses membuat polisi lebih bersifat perundingan, kurang kelemahandan disokong oleh semua, maka apa yang Dr Mahathir miliki tidak dimiliki Muhyiddin?

“Atau, apakah hanya soal ‘kepimpinan’, kemampuan untuk membuat keputusan yang sukar dan melaksanakannya dengan apa cara sekalipun?”

Mengenai Pejuang, Wong berkata langkah itu mungkin untuk menyelesaikan penolakan Pejuang untuk bekerjasama dengan PN selepas portal berita Sarawak Report mendakwa beliau kembali bersama pakatan kerajaan.

“Jadi, Pejuang masih boleh ‘menentang’ Muhyiddin sementara Dr Mahathir menawarkan dirinya untuk ‘menyelamatkan Malaysia’ sekali lagi.

“Tetapi Pejuang sebenarnya hanyalah jentera Dr Mahathir. Dengan Dr Mahathir dalam kerajaan, Pejuang akan mengikutinya juga.”

Wong berkata demikian susulan kenyataan Dr Mahathir yang berkata beliau sanggup keluar daripada Pejuang jika PN memberinya peranan dalam rancangan pemulihan negara untuk menangani wabak Covid-19. – 15 Julai, 2021.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan