Iklan

Putrajaya lengahkan rancangan bangun semula lapangan terbang Subang, kata sumber

Khoo Gek San3 years ago17th Jul 2021Berita
Sultan abdul aziz shah airport subang airport
MAHB merancangan untuk membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor dengan pembiayaan sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Julai, 2021.
Iklan

PUTRAJAYA bersikap lengah terhadap rancangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor dengan pembiayaan sendiri, sekali gus menimbulkan kebimbangan rancangan itu tidak dapat bermula cepat, kata sumber.

Di bawah rancangan itu, MAHB akan melabur RM1.3 bilion untuk rancangan pembangunan jangka panjang strategik komprehensif agar lapangan terbang itu menjadi hub utama kawasan Asia Pasifik.

Namun, rancangan yang dibuat ketika Barisan Nasional masih berkuasa itu masih belum mendapat kata putus oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Oleh itu kini para pemegang saham bimbang usaha membangun semula lapangan terbang itu tertunda kerana menunggu Kabinet buat keputusan.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, MAHB menyerahkan rancangan pembangunannya kepada Majlis Ekonomi (ME) dan mendapat kebenaran pada Mac 2018, tetapi sebelum pertemuan kedua dengan ME berlangsung, ada kerajaan bertukar.

Pada 7 Disember 2018, ia menyerahkan rancangan itu kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baharu dilantik rakyat.

“Selepas kerajaan bertukar, usaha kami untuk sampaikan rancangan dan mendapatkan persetujuan dari kerajaan PH dan menteri pengangkutan (ketika itu) Anthony Loke tidak berhasil,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Berikutan runtuhnya kerajaan PH pada awal 2020, MAHB terus serahkan rancangan pembangunan semula itu kepada Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong namun belum mendapat kata putus.

“Kami sampaikan rancangan itu kepada Wee Ka Siong pada 19 Mei 2020 dan pada 10 Desember 2020. Namun, sampai sekarang, kami belum terima kelulusan untuk rancangan itu.”

Sementara itu, awal tahun ini Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB), anak syarikat milik 60% WCT Holdings Bhd, telah mengusulkan rancangannya sendiri kepada kerajaan.

Melalui konsesi semula, WCT akan menguruskan lapangan terbang dengan cara sama secara sewa di mana kerajaan akan terus memiliki tanah dan lapangan terbang Subang.

WCT, melalui SSSB, kini mengendalikan Terminal SkyPark (sebelum ini dikenali sebagai Terminal 3) di bawah perjanjian konsesi sewa 30 tahun dengan MAHB yang berakhir pada Disember 2037, dengan pilihan untuk dilanjutkan selama 29 tahun. – 17 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan