Iklan

Malaysia rekod angka kematian harian tertinggi dengan 153 kes

Ragananthini Vethasalam3 years ago18th Jul 2021Berita
Covid 19 graves 140721 tmiseth 04
Jumlah keseluruhan kes aktif turut mencatatkan angka tertinggi dengan 124,593 kes dilaporkan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Julai 2021.
Iklan

MALAYSIA mencatatkan jumlah kematian tertinggi selepas 153 orang dilapor meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 7,019 kes.

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes aktif turut mencatatkan angka tertinggi dengan sebanyak 124,593 kes dilaporkan hari ini.

Terdahulu, jumlah kedua-dua kes berkenaan dicatatkan semalam dengan 138 kematian dan 119,814 kes aktif dilaporkan.

Sementara itu, 909 pesakit yang berada dalam keadaan kritikal sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala 445 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 10,710 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam dengan 12 daripadanya merupakan kes import.

Dr Noor Hisham dalam tweet berasingan berkata 8.68% daripada 123,386 sampel ujian yang diambil pada 18 Julai kembali positif.

Katanya, 59% atau 6,317 kes hari ini berada dalam Kategori 1 iaitu tanpa gejala manakala 4,162 kes atau 38.9% tergolong dalam Kategori 2 dengan gejala ringan.

Terdapat 91 kes atau 0.8% di Kategori 3 dengan radang paru-paru, 45 atau 0.4% di Kategori 4 yang memerlukan oksigen dan 95 atau 0.9% dalam keadaan kritikal dalam Kategori 5 dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Ini jelas meningkatkan beban kementerian kesihatan dan kurang kemampuan hospital KKM,” katanya.

Ini menjadikan kumulatif kes baharu meningkat kepada 916,561.

Hanya 5,778 kes pulih dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang pulih adalah 784,949 orang. – 18 Julai, 2021.

Iklan
Iklan