Iklan

344,961 dos vaksin diberikan setakat semalam, kata JKJAV

Ragananthini Vethasalam3 years ago19th Jul 2021Berita
Covid-19 virus rumah prihatin 05
Seramai 244,761 orang menerima suntikan dos pertama semalam dan selebihnya 100,000 orang selesai dos kedua mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Julai, 2021.
Iklan

JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan merosot untuk hari kedua apabila hanya 344,961 dos vaksin diberikan semalam, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Angka vaksinasi harian kekal di atas 400,000 dari 12 Julai hingga 16 Julai, bahkan mencapai paras tertinggi 460,158 pada 15 Julai sebelum turun ke 380,440 pada 17 Julai.

Seramai 244,761 orang menerima suntikan dos pertama semalam dan selebihnya 100,000 orang selesai dos kedua mereka.

Sebelum ini, sejumlah 421,479 dos diberikan pada 12 Julai, 424,541 pada 13 Julai, rekod tertinggi 460,158 pada 15 Julai dan 406,763 pada 16 Julai.

Jumlah kumulatif dos yang diberikan di bawah program vaksinasi kebangsaan yang bermula pada 24 Februari kini berjumlah 14.34 juta.

Dari jumlah ini, 9.81 juta atau 30.2% penduduk sebahagiannya diberi satu dos vaksin manakala 13.9% atau 4.53 juta orang sudah menerima dua dos.

Labuan mendahauli dengan kadar vaksinasi tertinggi dengan 59.7% penduduk sudah menerima satu dos dan 42.6% selesai menerima dos kedua mereka.

Kerajaan berusaha untuk memberi vaksin kepada semua warga emas di Lembah Klang dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 diberikan dalam beberapa minggu akan datang.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, ini selaras dengan keputusan bahawa kumpulan ini dibenarkan mendapatkan suntikan vaksin mereka secara walk in di semua pusat vaksinasi (PPV) dan kemudahan kesihatan kerajaan di Lembah Klang mulai semalam. – 19 Julai, 2021.

Iklan
Iklan