Kes baharu Covid-19 kekal dalam lingkungan 10,000 untuk hari kedua
Iklan
KES jangkitan baharu Covid-19 meningkat sedikit hari ini selepas 10,972 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Jumlah itu menjadikan keseluruhan di seluruh negara kini 927,533.
Semalam sebanyak 10,710 kes direkodkan.
Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan 4,404 kes diikuti Negeri Sembilan dengan 1,340 kes manakala Johor dan Kedah masing-masing 876 dan 705 kes.
Negeri lain dan wilayah persekutuan yang melaporkan kes jangkitan baharu hari ini adalah Kuala Lumpur (609), Sabah (651), Sarawak (301), Pulau Pinang (426), Kelantan (170), Kedah (705), Perak (324), Melaka (474), Pahang (475), Terengganu (144), Labuan (24) dan Putrajaya (48).
Perlis hanya merekodkan satu kes.
Sementara itu, sebanyak 14.34 juta dos vaksin telah diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan 344,961 dos diberikan semalam.
Daripada jumlah itu, 9.81 juta atau 30.1% penduduk telah menerima dos pertama vaksin manakala 13.9/5 atau 4.53 juta penduduk telah melengkapkan dua dos vaksin.– 19 Julai, 2021.