Iklan

Kes aktif Covid-19 lebih 147,000, tertinggi setakat ini, kata KP kesihatan

Ragananthini Vethasalam3 years ago23rd Jul 2021Berita
Cac shah alam july 12, 2021 afif 01
Malaysia mencatat rekod tertinggi sebanyak 15,573 kes berbanding 10, 094 mereka yang pulih hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Julai, 2021.
Iklan

SUSULAN jumlah jangkitan baharu yang tinggi dilaporkan hari ini, kes aktif keseluruhan turut bertambah kepada 147,386 orang, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 939 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara, dengan 456 pesakit diintubasi.

Sementara itu, 144 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,718 orang.

Malaysia mencatat rekod tertinggi sebanyak 15,573 kes berbanding 10, 094 mereka yang pulih hari ini.

Hanya 32 melibatkan kes import dan selebihnya penularan tempatan.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 negara bertambah kepada 980,491 sementara bilangan yang pulih sebanyak 825,387.

Jika mengikut negeri, Selangor terus menyumbang sebahagian besar angka kematian hari ini dengan 66 kes, diikuti Kuala Lumpur (16), Johor (15), Melaka (13), Negeri Sembilan (10), Pahang (8), Kedah (6) dan Sarawak (3).

Perak dan Pulau Pinang masing-masing mencatat dua kes kematian; manakala Sabah, Terengganu dan Labuan masing-masing melaporkan satu kes.

Dr Noor Hisham berkata 53.1% atau 8,273 daripada 15,573 kes baharu hari ini adalah Kategori 1 iaitu tidak bergejala, manakala Katageori 2 (bergejala ringan) sebanyak 7,095 kes atau 45.6%.

Bagi Kategori 3 (radang paru-paru) pula, sebanyak 102 kes atau 0.6%; Kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) sebanyak 74 kes atau 0.5%; manakala 29 kes atau 0.25 adalah kes  Kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, ubat baricitinib akan digunakan bagi merawat pesakit kritikal.

“Kesan ubat ini dikatakan jauh lebih baik berbanding ubat yang kita gunakan (dalam rawatan Covid-19), misalnya Favipiravir. Ini akan memberi kita harapan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan ke atas pesakit Kategori 4 dan 5,” kata Dr Noor Hisham pada sidang media hari ini. – 23 Julai, 2021.

Iklan
Iklan