Iklan

Hospital di Lembah Klang akan terima bekalan oksigen, kata timbalan KP kesihatan

Ragananthini Vethasalam3 years ago23rd Jul 2021Berita
Oxygen
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Chong Chee Keong berkata beberapa hospital di Lembah Klang akan menerima bekalan oksigen tambahan dalam masa terdekat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Julai, 2021.
Iklan

BEBERAPA hospital di Lembah Klang akan menerima bekalan oksigen tambahan dalam masa terdekat, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Chong Chee Keong.

Beliau berkata Hospital Selayang akan menerima dua tangki besar oksigen dengan setiap satu berkapasiti 5,000 liter.

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang dan Hospital Pakar Kanak-kanak UKM di Cheras pula masing-masing akan menerima satu tangki besar.

Dr Chong yang juga pengerusi Pasukan Petugas Khas Covid-19 Greater Klang Valley berkata, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid -19 Berisiko Rendah (PKRC 2.0) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang buat masa ini mempunyai 1,000 tangki oksigen pelbagai saiz.

Pada 13 Julai lalu, The Malaysian Insight melaporkan pusat kuarantin di Maeps mengalami masalah kekurangan bekalan osigen.

Portal berita kesihatan Code Blue hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 29 pesakit Covid-19 di Hospital Ampang meninggal dunia pada Hari Raya Aidiladha berikutan kerana kekurangan oksigen, susulan jumlah pesakit kritikal Covid-19 yang terlalu ramai di hospital berkenaan. – 23 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan