Iklan

207 kematian, lebih 1,000 pesakit Covid-19 di ICU, kata Noor Hisham

Aminah Farid3 years ago26th Jul 2021Berita
Covid funeral tmi najjua 250721-2
Kematian akibat Covid-19 sebanyak 207 orang hari ini adalah tertinggi yang menjadikan jumlah kematian kepada 8,201. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Julai, 2021.
Iklan

SEBANYAK 1,000 pesakit Covid-19 berada di unit rawatan intensif (ICU) sementara 207 orang meninggal dunia hari ini, yang kedua-duanya merupakan rekod baharu bagi Malaysia.

Daripada 1,009 pesakit di ICU, 524 memerlukan bantuan pernafasan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini adalah angka kematian tertinggi negara setakat ini, menjadikan jumlah kematian kepada 8,201 orang.

Malaysia melaporkan 14,516 jangkitan baharu hari ini, sementara kes aktif berjumlah 165,840.

Negara mencatat 9,372 bilangan yang pulih, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 853,913 kes dengan 165,840 kes aktif.

Noor Hisham berkata 207 kes kematian hari ini melibatkan 57 kes di Selangor, Johor (24), Kuala Lumpur (52), Negeri Sembilan (14), Melaka (18), Kedah (19), Pahang (7), Sabah (6), Perak (5), Pulau Pinang (3), dan Terengganu (2).

Beliau juga berkata berdasarkan data terbaharu pada 24 Julai, kadar kebolehjangkitan (RT) di Malaysia adalah 1.15.

“Negeri yang mencatat nilai RT tertinggi adalah Terengganu (RT 1.36), diikuti oleh Kedah (RT 1.26), dan Sabah (RT 1.24).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Labuan dan Perlis,” katanya. – 26 Julai, 2021.

Iklan
Iklan