4 lagi kes positif Covid-19 di Parlimen, kata speaker
Iklan
EMPAT lagi kes positif Covid-19 dikesan dalam dua hari di Parlimen menyebabkan sidang tidak dapat dilanjutkan lebih dari 5.30 petang untuk mengelak risiko, kata speaker Azhar Azizan Harun.
Beliau berkata demikian bagi menjawab permohonan Shamsul Iskandar Mat Akin (PH – Hang Tuah Jaya yang mahu persidangan hari ini dilanjutkan.
“Sebenarnya kita tidak ikut nasihat dan saranan (ketua) pengarah kesihatan. Kalau ikut saranan beliau kita hanya dibenarkan bersidang sampai jam dua petang sahaja.
“Beliau amat gusar dengan keadaan penularan pandemik. Semalam dan hari ini kita ada empat kes Covid-19 jadi risiko agak tinggi.
“Sebab itu saya tetap sampai jam 5.30 untuk beri peluang kepada semua berbahas,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.
Iskandar pada awalnya berkata, banyak lagi isu yang harus dibangkitkan berhubung pelaksaaan dan penguatkuasaan kerajaan terhadap peraturan dan langkah menangani pandemik Covid-19.
Ahad lepas media melaporkan tiga Ahli Parlimen didapati positif Covid-19, manakala empat lagi menjadi kontak rapat dalam ujian saringan dijalankan semalam.
Antara yang dilaporkan menjadi kontak rapat itu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. – 28 Julai, 2021.