Iklan

Semua guru dapat vaksin Covid-19 sebelum Sept, kata Khairy

50063796678 bd7bef395e b (1)
Semua guru akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sebelum sesi persekolahan dibuka pada September ini, kata Khairy Jamaluddin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Julai, 2021. 
Iklan

KERAJAAN memberi jaminan akan memberikan vaksin Covid-19 sekurang-kurangya satu dos kepada semua guru sebelum sesi persekolahan dibuka iaitu pada September ini, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu berkata, setakat  27 Julai seramai 303, 682 guru atau  73.4 % telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Bagi vaksinasi guru kelas peperiksaan lima dan enam status kemajuan mengalakkan sejumlah 80,717 guru atau 90% divaksin,” katanya semasa penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang memintanya memberi jaminan kesemua guru akan menerima dos vaksin sebelum sekolah dibuka.

Tambahnya lagi seramai 12, 284 guru swasta dan 33, 633 pekerja perkhidmatan sokongan kontrak juga sudah menerima satu dos vaksin Covid-19.

“Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) berkerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan bilangan guru dan anggota kumpulan pelaksana yang belum dapat temu jadi dapat dikenal pasti dan diberi tarikh jadual bagi vaksinasi,” katanya.

Namun katanya ada juga sebilangan guru yang menolak untuk mendapatkan vaksin dan beliau menyeru pihak sekolah berhubung dengan pihak tersebut bagi menangani isu tersebut. – 28 Julai, 2021. 

Iklan
Iklan