Iklan

Polis bebas aktivis bantah kerajaan

Hailey Chung Wee Kye3 years ago30th Jul 2021Berita
Sarah2
Iklan

AKTIVIS Sarah Irdina Mohammad Ariff dibebaskan dari tahanan polis jam 1 pagi tadi selepas disoal siasat di bawah Akta Hasutan dan penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

Beliau disoal siasat di balai polis daerah Dang Wangi berkaitan catatan media sosial oleh kumpulan anak muda Misi Solidariti mengenai gerakan #Lawan sebelum ditahan di lokap Jinjang semalam.

Pembebasan Sarah Irdina dimaklumkan Misi Solidariti di Twitter pukul 1 pagi tadi.

Semalam, kumpulan itu memberitahu di Twitter polis menggeledah rumah aktivis itu dan merampas telefonnya bimbitnya.

Misi Solidariti memperjuangkan antaranya gesaan untuk meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) dan langkah untuk dekriminalisasi cubaan bunuh diri.

Bersama Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), kumpulan anak muda itu menuntut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, sidang Parlimen diadakan semula dan pembatalan proklamasi darurat.

#FreeSarah sohor di media sosial sebagai tanda sokongan terhadap Sarah Irdina dan perjuangannya. – 30 Julai, 2021.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan