Vaksinasi 'walk-in' dibenarkan di PPV tertentu Lembah Klang awal Ogos, kata Khairy
Iklan
INISIATIF vaksinasi walk-in atau jumpa terus akan dibenarkan di pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 tertentu di Lembah Klang pada awal Ogos, kata Khairy Jamaluddin.
Menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 kebangsaan berkata ianya akan dibenarkan sebaik sahaja operasi lonjakan kapasiti vaksin selesai pada 1 Ogos.
Pada 16 Julai lalu, Khairy berkata di bawah operasi lonjakan kapasiti, Putrajaya akan memastikan setiap penduduk dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 pada 1 Ogos.
“Kita akan buka mengikut kategori dahulu,” katanya pada sidang media hari ini.
Pada 2 Ogos, beliau berkata vaksinasi tanpa temu janji itu akan dibenarkan kepada golongan berusia 40 tahun ke atas yang mempnyai sejarah penyakit kronik.
Vaksinasi secara walk in akan dibuka kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas pada 5 Ogos.
“Senarai PPV yang akan menerima walk-in di Lembah Klang akan dikeluarkan hari ini,” katanya.
Tambahnya prosedur untuk proses berkenaan juga akan diumumkan tidak lama lagi.
Beliau menegaskan bukan semua PPV akan menerima vaksinasi secara walk-in.
“Jangan ingat semua PPV akan menerima walk-in,” tambahnya. – 31 Julai, 2021.
Berita penuh di sini