Iklan

PAC tetap mesyuarat di bangunan Parlimen, kata sumber

Chan Kok Leong3 years ago2nd Aug 2021Berita
Parliament protest august 01, 2021 afif 06
Beberapa ahli Parlimen berbincang dengan anggota polis yang menyekat mereka daripada menghampiri dan memasuki bangunan Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 Ogos, 2021.
Iklan

JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan bermesyuarat di bangunan Parlimen pagi ini walaupun polis menyekat puluhan ahli Parlimen daripada memasuki bangunan itu, kata sumber.

“Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham akan hadir,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Mesyuarat yang ketiga itu dijadual berlangsung pada 10.30 pagi.

Semalam, Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya akan meneruskan mesyuarat biarpun Dr Noor Hisham mencadangkan agar semua jawatankuasa parlimen turut menangguhkan prosiding sekurang-kurangnya untuk dua minggu.

Wong berkata beliau sudah mengarahkan setiausaha Parlimen untuk memaklumkan kepada ketua pengarah kesihatan untuk hadir ke mesyuarat PAC mengikut jadual.

“Apabila Parlimen tidak bersidang, hanya akan ada kurang daripada 30 orang di bilik Jawatankuasa PAC.

“Saya percaya KP kesihatan mengetahui dan memahami perkara ini dengan baik dan dengan cara apa beliau akan melaksanakan tugasnya kepada negara,” katanya.

PAC dijadual mengumpulkan maklum balas daripada Menteri Kesihatan Adham Baba dan Dr Noor Hisham mengenai perolehan vaksin. – 2 Ogos, 2021.
 

Iklan
Iklan