Iklan

Syed Saddiq akan didakwa di mahkamah Johor esok

Kalidevi Mogan Kumarappa3 years ago4th Aug 2021Berita
Syed saddiq 220721 tmiseth 02
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka sekali lagi didakwa di mahkamah di Johor Bahru, esok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Ogos, 2021.
Iklan

BEKAS menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor esok.

Sumber agensi anti rasuah berkata ahli Parlimen Muar itu akan dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

SPRM dalam kenyataan media turut berkata sudah mendapat kebenaran untuk mendakwa seorang ahli Parlimen di mahkamah Johor Bahru pada 8.30 pagi esok.

Pada 22 Julai lalu, Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah dana sayap pemuda Bersatu, Armada berjumlah RM1 juta pada tahun lalu.

Selain itu, beliau berdepan pertuduhan menyalahgunakan harta iaitu wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebanyak RM120,000.

Syed Saddiq, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau dipecat daripada Bersatu pada Mei tahun lalu kerana tidak mendukung kerajaan Muhyiddin. Beliau selepas itu mengemukakan permohonan mendaftarkan parti politik baru Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Parti itu sehingga ini belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. – 4 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan