Iklan

Saya bukan 'pemanas kerusi' Anwar, kata Wan Azizah

Yasmin RamlanAsila Jalil7 years ago18th Jan 2018Berita
Pkr wan azizah wan ismail interview 05
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau sudah melakukan lebih daripada sekadar menjadi pengganti sementara jawatan suaminya, Anwar Ibrahim semasa sesi temubual secara langsung di Facebook bersama The Malaysian Insight di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 18 Januari, 2018.
Iklan

PRESIDEN PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan beliau hanya menjadi “pemanas kerusi” untuk menjaga jawatan suaminya, Anwar Ibrahim yang kini dipenjara untuk kali kedua atas dakwaan liwat.

Menepis kritikan pelbagai pihak terhadapnya, ketua pembangkang tersebut berkata beliau telah lakukan lebih daripada hanya menggantikan jawatan suaminya.

“Saya bukan pemanas kerusi. Pemanas kerusi itu seperti botol air panas,” katanya dengan berjenaka.

Tambahnya lagi dengan nada serius, Dr Wan Azizah berkata apa yang dilakukannya bukan setakat itu sahaja kerana beliau serius dalam politik.

“Saya lebih daripada itu. Saya rasa saya telah lakukan sesuatu… walaupun ia (jawatan) kelihatan seperti jawatan secara tidak sengaja,”  katanya.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight hari ini, Wan Azizah berkata beliau juga tidak menghiraukan kritikan daripada pihak yang memperkecilkan kebolehannya sebagai ahli politik.

“Saya rasa saya terima banyak perkara dalam kehidupan..ia bukan perkara besar.

“Lagipun kita hidup dalam masyarakat yang hidup dalam masyarakat yang patriaki, begitu juga dengan budaya.

“(Jadi) diskriminasi…ia tidak menggangu saya sangat,” katanya yang kini dinamakan sebagai calon timbalan perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Wan Azizah merupakan mendapat mandat pengundi dan menyandang kerusi Permatang Pauh sejak Anwar dipenjarakan atas tuduhan liwat pertama pada 1999.

Beliau juga menggantikan tempat Anwar sekali lagi di kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil pada 2015, ekoran pemenjaraan suaminya itu sekali lagi atas tuduhan liwat.

Selain jawatan ketua pembangkang itu, Wan Azizah juga mengisi jawatan eksekutif dalam parti PKR sebagai presiden. – 18 Januari, 2018.

Iklan
Iklan