Iklan

100 kematian luar hospital dalam seminggu, kata KKM

Ragananthini Vethasalam3 years ago6th Aug 2021Berita
Dead body covid-19
Angka kes kematian di luar hospital akibat Covid-19 dalam negara terus meningkat sejak beberapa minggu lalu, kata KKM.– Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2021.
Iklan

PURATA kematian di luar hospital (BID) akibat Covid-19 dalam seminggu mencecah sehingga 100 kes, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Chong Chee Keong.

Angka kes BID dalam negara terus meningkat sejak beberapa minggu lalu, tambahnya.

“Secara puratanya sekitar 80 hingga 100 kes dalam seminggu.

“Kami juga dapati 80% kes BID membabitkan individu yang tidak pernah menjalani ujian saringan Covid-19,”  kata Dr Chong pada sidang media khas Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

“Dengan kata lain, terdapat golongan yang tidak pernah mendapat akses saringan Covid-19 atau tidak pernah tampil untuk diuji.

Dr Chong yang juga pengerusi Pasukan Petugas Khas Lembah Klang (GKVSTF) berkata sebahagian besar kes BID adalah warga asing.

Beliau berkata 20% kes BID yang positif Covid-19 pula lewat atau langsung tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Tambahnya, atas sebab inilah Pelaksanaan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) secara maya diaktifkan, supaya penilaian pemantauan kendiri dapat dibuat di rumah.

Dr Chong berkata kira-kira 60% kes positif adalah tidak bergejala, manakala 30% bergejala ringan. Baki 5% lagi kes yang memerlukan penilaian secara fizikal, katanya.

“Mereka ini perlu datang ke CAC untuk diperiksa jika perlu dimasukkan ke hospital.”  – 6 Ogos, 2021. 

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan