Iklan

Sektor kilang penyumbang utama kluster di Selangor, kata pengarah kesihatan

Ragananthini Vethasalam3 years ago6th Aug 2021Berita
Top glove (3)
Jabatan Kesihatan Selangor berkata 96 atau 54% daripada 180 kluster yang masih aktif membabitkan sektor perkilangan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2021.
Iklan

SEKTOR perkilangan penyumbang utama kluster Covid-19 di Selangor, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Sha’ari Ngadiman.

Katanya, 96 atau 54% daripada 180 kluster yang masih aktif membabitkan sektor kilang, diikuti kluster perkhidmatan, tapak binaaan, perniagaan dan komuniti.

“Tiada kluster yang berkaitan perayaan Hari Raya Aidiladha yang dilaporkan di daerah-daerah di Selangor. 

“Ini bermakna rakyat Selangor amat akur dengan SOP yang ditetapkan semasa sambutan Hari Raya Aidiladha,” katanya pada sidang media khas bersama Kementerian Kesihatan.

Dr Sha’ari berkata sektor perkhidmatan menyumbang 12% atau 22 daripada 180 kluster aktif yang dilaporkan pada Julai, manakala 10% atau 18 kluster tapak binaan dan 5% lagi dalam komuniti.

Kesemua kluster komuniti itu dikesan sebelum Hari Raya Aidiladha, tambahnya.

Beliau juga memaklumkan, 40% daripada jumlah kes harian di Selangor dijangkiti dari kontak rapat, diikuti pesakit bergejala 22%. Sebanyak 20% dikesan dalam kalangan pekerja dan 14% daripada kluster bukan pekerja.

Mengulas lanjut kluster sektor perkilangan, Dr Sha’ari berkata kebanyakan kilang di negeri itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun penularan mungkin berlaku adi luar kawasan kilang.

“Mungkin selepas (pekerja) balik, mereka tidak patuh SOP dan apabila pergi balik ke kilang berlaku penularan.

“Ini yang saya rasa berlaku,” katanya. – 6 Ogos, 2021. 

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan