Iklan

8 kes baharu Covid-19 dikesan di Parlimen, kata Noor Hisham

Aminah Farid3 years ago6th Aug 2021Berita
Dr noor hisham moh tmikamal 03
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak lapan kes baharu Covid-19 dikesan di Parlimen menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 85 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2021.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan mengesan lapan kes baharu Covid-19 di Parlimen, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes yang dikesan di Parlimen adalah 85 kes.

Beliau berkata, empat dari kes terbaru itu mempunyai simptom ringan sementara selebihnya kes asimtomatik.

Sidang khas Parlimen diadakan dari 26 Julai tetapi ditangguhkan pada hari keempat. Sesi lima hari itu akan berakhir pada 29 Julai (Isnin) disebabkan jangkitan Covid-19.

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 56 kes dikenal pasti hasil saringan sebelum persidangan Dewan Rakyat yang juga melibatkan empat kontak rapat, 17 lagi dikesan semasa persidangan Dewan Rakyat dan lapan lagi dikesan semasa pemeriksaan sebelum persidangan Dewan Negara.

Beliau berkata, enam sampel kes Covid-19 di Parlimen yang dikesan pada 29 Julai kemungkinan besar adalah varian Delta.

“Enam sampel ini kemungkinan besar merupakan varian Delta yang dikesan melalui ujian PRC Genotyping Assay.

“Untuk mengesahkan varian jenis ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang melakukan penjujukan genom sepenuhnya dan masih menunggu keputuan akhir,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan KKM setakat ini mendapat bahawa perkongsian kemudahan asas seperti tandas dan surau oleh ramai individu berisiko menular jangkitan Covid-19 di Parlimen. – 6 Ogos, 2021. 

Iklan
Iklan