Iklan

MB Kedah dikecam keluar kenyataan sensitif berkenaan kontena jenazah

Ragananthini Vethasalam3 years ago6th Aug 2021Berita
Kedah mb muhammad sanusi md nor 16072021
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mengeluarkan kenyataan sensitif berkenaan kontena jenazah disediakan untuk sesiapa sahaja yang berminat. – Gambar Facebook, 6 Ogos, 2021.
Iklan

PENGGUNA media sosial mengecam kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang tidak sensitif berkenaan kontena jenazah disediakan untuk sesiapa sahaja yang berminat.

“Kontena jenazah mencukupi, sesiapa nak masuk bagi nama,” kata pemimpin PAS itu dalam sidang media hari ini dalam nada berseloroh.

Pengguna media sosial bagaimanapun tidak melihat ia sebagai satu bahan gurauan terutama di saat negara berdepan peningkatan jumlah kematian Covid-19 setiap hari.

“160 orang mati hari ini, beliau boleh buat ‘lawak’ macam ini? tulis @syahredzan  

Manakala pengguna lain pula berkata bahawa mereka berasa kasihan kepada rakyat Kedah kerana mempunyai pemimpin seperti itu. 

@mursyidisham bertanya apakah dosa yang dilakukan oleh rakyat Kedah sehingga mendapat MB seperti itu.

“Aku orang Kedah sangat malu ada MB macam tu,” @aqiraazemi menulis di Twitter.

Manakala @MCOPKP mengejek dengan mengatakan Kedah bernasib baik kerana mempunyai MB yang kelakar. 

“Tak ada common sense. Kesian rakyat Kedah dapat MB macam ni,” tulis @Amirul_Syakiren

Disember lalu, Sanusi menimbulkan kontroversi kerana “analogi minumannya”.

Beliau membalas kritikan MIC dan DAP berkenaan perobohan kuil Hindu Sri Madurai Veeran di Alor Setar dengan menuduh mereka memendam sentimen perkauman dan agama.

 Sanusi sekali lagi membuat kritikan pada Mac tahun ini selepas beliau berkata bahawa kerajaan Pulau Pinang perlu membayar Kedah untuk bekalan air mentah. –6 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan