19,257 kes baharu Covid-19, Lembah Klang kekal tertinggi
Iklan
MALAYSIA mencatatkan 19,257 kes baharu Covid-19 hari ini yang menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Semalam, negara mencatatkan jangkitan tertinggi dalam tempoh sehari iaitu sebanyak 20,889.
Dari jumlah hari ini, sebahagian besar kes dikesan dari Lembah Klang yang mencatatkan 9,534 jangkitan.
Selangor melaporkan 7,804 kes, Kuala Lumpur (2,450) diikuti oleh Kedah (1,514).
Sementara itu, Sabah melaporkan 1,255 kes, Johor (1,182), Pulau Pinang (959), Kelantan (930), Negeri Sembilan (884), Perak (774), Pahang (714), Sarawak (573), Terengganu (425), Melaka (414), Putrajaya (56), Perlis (41), dan Labuan (2).
Semalam, Noor Hisham berkata negara mungkin akan mengalami penurunan kes pada akhir bulan ini, setelah negara merekodkan jumlah pemberian vaksin penuh kepada 40%.
Sehingga kini, 15.3 juta, atau 47% populasi negara ini, telah menerima satu dos manakala 8.2 juta, atau 25.3% penduduk, telah menlengkpakan vaksinasi mereka.
Putrajaya mensasarkan jumlah vaksisnasi penuh terhadap semua populasi dewasa di negara ini pada Oktober depan. – 7 Ogos, 2021.