Iklan

Lebih 570 pesakit perlu alat bantuan pernafasan di ICU, 210 kematian direkod

Aminah Farid3 years ago7th Aug 2021Berita
Mass funeral july 22, 2021 afif 16
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kemasukan ke ICU juga tetap tinggi dengan 1,097 kes. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Ogos 2021.
Iklan

JUMLAH pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 575 orang manakala 210 kematian direkodkan hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, kemasukan ke ICU juga tetap tinggi dengan 1,097 kes.

Angka kematian terbaru hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 10,389.

Katanya, daripada jumlah kematian yang direkodkan hari ini, 23 kes dilaporkan sebelum tiba di hospital (BID) manakala 158 mempunyai sejarah komorbiditi.

Sebanyak 88 kes dicatatkan di Selangor diikuti Kuala Lumpur (33), Johor (28), Kedah (17), Sabah (13), Melaka (8), Perak (6), lima di Negeri Sembilan dan Kelantan, Pulau Pinang (4) serta masing-masing satu kes di Pahang, Sarawak, dan Perlis.

Malaysia mencatat 19,257 kes baru Covid-19 hari ini.

Noor Hisham berkata daripada jumlah itu hanya 740 atau 3.8% berada dalam kategori 3 (pneumonia), 4 (pneumonia dan memerlukan sokongan oksigen) dan 5 (tahap kritikal).

Sementara itu, sebanyak 18,517 adalah pada kategori 1 (tanpa gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,178 kes baru yang dilaporkan hari ini adalah mereka yang telah diberi vaksin Covid-19. – 7 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan