Iklan

Pelonggaran bagi individu lengkap divaksin ada risikonya, kata PM

Ragananthini Vethasalam3 years ago8th Aug 2021Berita
50135345881 b1115a5060 o
Kerajaan juga tidak pandang ringan manfaat setelah divaksin lengkap dan juga peranan pelonggaran SOP ini terhadap kesihatan mental dan fizikal rakyat serta aktiviti ekonomi negara, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Ogos, 2021.
Iklan

KEPUTUSAN melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 bagi individu yang lengkap divaksinasi berisiko meningkatkan jangkitan Covid-19, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Keputusan pemberian kemudahan ini semestinya akan memberi risiko peningkatan bilangan kes harian.

“Kerajaan juga tidak boleh memandang ringan manfaat setelah divaksin lengkap dan juga peranan kemudahan-kemudahan ini terhadap kesihatan mental dan fizikal rakyat serta aktiviti ekonomi negara,” katanya dalam ucapan disiarkan langsung petang ini.

“Penerima vaksin lengkap dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan virus Covid-19 dan melindungi diri daripada mendapat gejala jangkitan yang lebih teruk, serta mampu mengurangkan kadar kebolehjangkitan kes positif Covid-19 sebanyak 50 peratus,” katanya.

Muhyiddin berkata dalam tempoh enam minggu kebelakangan ini, terdapat trend penurunan kadar kemasukan ke wad dan unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sungai Buloh bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas. 

“Situasi ini menunjukkan pemberian vaksin kepada kumpulan warga emas di fasa 2 PICK (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) yang dilaksanakan sejak 19 April 2021 telah mula menghasilkan impak yang positif dalam konteks kesihatan,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, hanya 1.88% atau 4,635 petugas kesihatan telah dijangkiti Covid-19.

“Daripada jumlah kes positif tersebut, 4,625 (99.78%) hanya mengalami gejala ringan atau tidak bergejala. Manakala hanya 7 kes (0.15%) adalah kategori 3 dan 3 kes (0.06%) adalah kategori 4.

Bagaimanapun, katanya, tiada dalam kalangan mereka yang mengalami jangkitan Covid-19 kategori 5 dilaporkan. – 8 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan