19,991 kes baharu Covid-19
Iklan
MALAYSIA merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini apabila 19,991 kes baharu dilaporkan selepas berlaku sedikit penurunan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah,
Semalam negara melaporkan 17,236 kes baharu. Jumlah kes harian tertinggi setakat ini dilaporkan pada 6 Ogos lalu dengan 20,889 kes.
Sebahagian besar kes baharu hari ini dilaporkan di Lembah Klang dengan 9,712 kes.
Selangor merekodkan 7,338 kes dan Kuala Lumpur melaporkan 2,374 kes. Kedah pula mencatatkan 1,830 kes.
Kedah melaporkan lonjakan kes sejak beberapa minggu lalu disebabkan kontak rapat dengan kluster kilang di negeri itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Othman Warijo.
Katanya, kebanyakan kes dalam kluster itu melibatkan ahli keluarga dan kawan pekerja kilang yang dijangkiti virus itu.
Tambahnya, kes itu dikesan berlaku di Kuala Muda, Kulim dan Baling dengan kebanyakan kes adalah kontak rapat dan saringan bergejala.
Sementara itu, Sabah melaporkan 1,383 kes, Johor (1,344), Pulau Pinang (743), Kelantan (1,030), Negeri Sembilan (564), Perak (953), Sarawak (836), Terengganu (378), Melaka (578), Putrajaya (76), Perlis (24) dan Labuan melaporkan satu kes baharu.
Setakat semalam, 15.9 juta orang atau 48.9% populasi negara ini sudah menerima satu dos vaksin dengan 9 juta orang atau 27.7% daripadanya sudah menerima dua dos vaksin.
Putrajaya menetapkan hasrat keseluruhan populasi dewasa negara ini divaksin menjelang Oktober. – 10 Ogos, 2021.