47 kes baharu varian Covid-19 dikesan, kata KP kesihatan
Iklan
INSTITUT Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesan 47 kes baharu pesakit yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC) koronavirus, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Daripada jumlah itu, 46 kes melibatkan varian Delta dan satu kes varian Beta.
Tambah Dr Noor Hisham, data terkini itu menjadikan jumlah terkumpul kes VOC adalah 647 kes dan varian diwaspadai (VOI) adalah 20 kes.
Bagi VOC, terdapat 209 kes varian Beta, 424 kes varian Delta dan 14 kes varin Alpha.
Manakala untuk VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.
Hari ini Malaysia merekodkan 19,991 kes baharu dengan 201 kematian dalam tempoh 24 jam lepas. – 10 Ogos, 2021.