29 kluster baru Covid-19
Iklan
KEMENTERIAN Kesihatan merekodkan 29 kluster baru Covid-19 hari ini – 17 di tempat kerja, 8 melibatkan komuniti, tiga golongan berisiko tinggi dan satu di pusat keagamaan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua kluster tersebut terletak di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Sabah.
Katanya, ini menjadikan jumlah kluster kepada 4,003 di seluruh negara dengan 1,238 masih aktif.
Tempat kerja:
1. Jalan Parit Bilal di Batu Pahat, Johor (18).
2. Tapak Bina Indahpura Empat di Kulai, Johor (28).
3. Perindustrian Alam Jaya Pontian di Pontian dan Johor Bahru (39).
4. Jalan Riang 21 di Johor Bahru, Johor (18).
5. Industri Seksyen 44 di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan (12).
6. Kampung Tebing Tinggi di Tanah Merah, Kelantan (21).
7. Industri Jalan Chin Teck di Gua Musang, Kelantan (7).
8. Industri Jalan 9/44 Padang Tembak di Kota Bharu, Kelantan (13).
9. Jalan Masjid Tanah di Alor Gajah dan Melaka Tengah, Melaka (34).
10. Industri Gebeng 2/5 di Kuantan, Pahang (15).
11. Industri Semambu Tujuh di Kuantan, Pahang (31).
12. Tapak Bina Persiaran 2 di Kuala Langat, Selangor (39).
13. Industri Jalan Kemajuan Bangi di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang, Selangor (129).
14. Jalan Lembah Selatan Dua di Sepang dan Hulu Langat, Selangor (42).
15. Tapak Bina Jalan Pasai di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (50).
16. Tapak Bina Bukit OUG di Lembah Pantai dan Cheras, Kuala Lumpur (113).
17. Jalan Kuchai Lama di Lembah Pantai, Kuala lumpur (94).
Komuniti:
18. Sessang di Kabong, Sarawak (42).
19. Kampung Kedai Tanjong di Pasir Mas, Kelantan (5).
20. Kampung Sungai Budur di Kota Bharu, Kelantan (13).
21. Timbua di Ranau, Sabah (48).
22. Lorong Cahaya Damai di Kuching, Sarawak (54).
23. Kampung Pandan di Kuching, Sarawak (10).
24. Kampung Paya Mebi di Kuching, Sarawak (27).
25. Tali Air Enam di Sabak Bernam, Selangor (13).
Golongan berisiko tinggi:
26. Sungai Sekamat di Hulu Langat and Petaling (58).
27. Jalan Datuk Haji Eusoff di Titiwangsa dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (6).
28. Jalan Maju Dua di Hulu Langat, Selangor (26).
Pusat keagamaan:
29. Jengka 25 di Temerloh, Pahang (24). – 10 Ogos, 2021.