Iklan

Kes harian Covid-19 kembali cecah angka 20,000

Ragananthini Vethasalam3 years ago11th Aug 2021Berita
Kl daily 100821 tmiseth 05
Jumlah kes harian kembali ke angka 20,000 selepas berada dalam lingkungan 17,000 hingga 19,000 kes selama empat hari. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2021.
Iklan

MALAYSIA mencatatkan 20,780 kes baharu Covid-19 hari ini, yang merupakan jumlah harian kedua tertinggi dilaporkan setakat ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kes harian kembali ke angka 20,000 selepas berada dalam lingkungan 17,000 hingga 19,000 kes selama empat hari.

Kali terakhir jumlah harian melebihi 20,000 adalah pada 6 Ogos, apabila rekod tertinggi 20,889 kes dilaporkan.

Ketua pengarah kesihatan berkata, kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah 1,320,547.

Selangor mendahului dengan 6,921 kes diikuti oleh Kuala Lumpur

Negeri yang mencatatkan lebih 1,000 jangkitan baharu hari ini adalah Johor (1,693), Sabah (1,514), Negeri Sembilan (1,015), Kedah (1,534),  Pulau Pinang (1,385) dan Kelantan (1,284).

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kes baharu hari ini adalah Sarawak (634), Perak (828), Melaka (636), Pahang (585),Terengganu (613), Putrajaya (41) dan Perlis (29).

Labuan yang mempunyai kadar vaksinasi tertinggi hanya melaporkan tiga kes.

Sementara itu, 25.3 juta dos vaksin dikeluarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Kira-kira 68.9% atau 16.1 juta penduduk dewasa sudah menerima satu dos sementara 39.5% atau 9.2 juta menerima dua dos.dengan 2,065 kes. – 11 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan