Iklan

Kuching kekal sebagai zon merah Covid-19 di Sarawak

Desmond Davidson3 years ago11th Aug 2021Berita
Kuchiang
Majoriti kes baharu Covid-19 yang dikesan di daerah Kuching adalah berpunca daripada kontak rapat dengan individu yang dijangkiti.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2021.
Iklan

DAERAH Kuching terus merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi di Sarawak dengan 319 kes dilaporkan daripada 634 kes di negeri itu.

Daerah Samarahan, disenaraikan sebagai daerah kedua tertinggi kes oleh jawatankuasa pengurusan bencana negeri dengan perbezaan 64 kes berbanding Kuching.

76 kes jangkitan baharu turut direkodkan dalam lapan kluster aktif di Kuching namun majoriti kes baharu di daerah itu adalah berpunca daripada kontak rapat dengan individu yang dijangkiti.

Dengan dua kes jangkitan paru-paru dilaporkan, 634 kes hari ini dianggap tidak serius, kata jawatankuasa itu.

Menurutnya 99% daripadanya tidak menunjukkan gejala atau hanya bergejala ringan.

Jawatankuasa itu berkata 465 daripada kes yang dikesan hari ini, atau 73.34% disenaraikan sebagai Kategori 1 – tidak bergejala – dan 167 kes atau 26.34% disenaraikan sebagai jangkitan Kategori 2 – bergejala ringan.

Dua kes paling serius melibatkan jangkitan paru-paru hanya disenarai sebagai Kategori 3 dalam kategori klinikal Kementerian Kesihatan.

Dua kes baharu kematian akibat Covid-19 turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negeri itu 475.

Kedua-dua mangsa adalah lelaki masing-masing berusia 41 dan 65 tahun dan meninggal dunia di Hospital Sibu.

Jawatankuasa itu berkata mangsa berusia 41 tahun tidak mempunyai sejarah penyakit kronik manakala mangsa berusia 65 tahun menghidap tekanan darah tinggi, masalah jantung dan penyakit hati. – 11 Ogos, 2021.


 

Iklan
Iklan