Iklan

Kes aktif Covid-19 terkini 233,358, kata KP kesihatan

Ragananthini Vethasalam3 years ago11th Aug 2021Berita
Covid-19 klang virus funeral 01
Seramai 211 pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian setakat ini 11,373 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2021.
Iklan

KES aktif Covid-19 mencatatkan angka tinggi baharu hari ini selepas berterusan menunjukkan trend peningkatan bagi lebih 40 hari berturut-turut, kata Ketua Pengarah Kesihatan General Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada masa ini, 233,358 individu di seluruh negara adalah pesakit Covid-19.

Trend peningkatan itu bermula 25 Jun, ketika kes aktif berada pada 60,117.

Sementara itu, 1,053 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di hospital, dengan 546 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Seramai 211 pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian setakat ini 11,373 kes.

Kes baharu terus mengatasi jumlah pesakit pulih dengan 20,780 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 17,973 kes sembuh.

Dengan jumlah itu kes dilaporkan dalam negara pada ini ialah 1.32 juta sementara kes pulih sebanyak 1.07 juta.

5,138 atau 24.7% daripada kes positif hari ini telah divaksin. Majoriti mereka (3,633 kes) adalah Kategori 2 atau bergejala ringan, manakala 1,422 tidak bergejala.

Enam daripada mereka dalam keadaan kritikal iaitu Kategori 5, manakala 20 kes bagi Kategori 4 dan 57 Kategori 3. 

Bagi yang tidak divaksin, 8,158 kes dalam Kategori 1, 7,167 Kategori 2 dan 109 Kategori 3. Bagi tahap jangkitan lanjut, terdapat 57 kes di Kategori 4 dan 151 di Kategori 5.

16 daripada kes kematian hari ini adalah kematian luar hospital manakala bakinya meninggal dunia di hospital. 

Bagi jumlah kes mengikut negeri, Selangor merekodkan kes kematian tertinggi dengan 79 kes diikuti Kuala Lumpur (41), Kedah (21), Johor (16) dan Sabah (13).

Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing merekodkan lapan kes kematian manakala Perak dan Pulau Pinang merekodkan tujuh kes. 

Melaka merekodkan enam kes manakala Pahang merekodkan lima kes kematian. – 11 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan