Iklan

40.7% populasi dewasa terima vaksinasi lengkap, kata JKJAV

Ragananthini Vethasalam3 years ago12th Aug 2021Berita
Mobile outreach programme covid19 tmi 022
Sebanyak 497,352 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam sementara 227,606 adalah dos pertama. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2021.
Iklan

KIRA-KIRA 40.7% populasi dewasa sudah diimunisasi sepenuhnya dengan dua dos vaksin Covid-19, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini.

Sebanyak 497,352 dos diberikan semalam yang kebanyakannya adalah dos kedua. Daripada jumlah ini, 269,846 adalah dos kedua sementara 227,506 adalah dos pertama. 

Dengan dos yang diberikan pada 11 Ogos, 9.51 juta orang dewasa di Malaysia sudah menyelesaikan dua dos mereka sementara 16.34 juta atau 69.8% menerima suntikan pertama mereka.

Labuan yang mempunyai kadar vaksinasi tertinggi mencatatkan 87.1% penduduk atau 59,659 orang sudah menerima dua dos.

Dari segi kuantiti, Lembah Klang menyaksikan jumlah dos tertinggi yang dikeluarkan dengan 6.32 juta suntikan pertama dan 3.57 suntikan kedua.

Putrajaya menyasarkan untuk memvaksinasi 50% penduduk menjelang Hari Merdeka.

Sementara itu, sekatan dilonggarkan untuk invidu yang diberi vaksin sepenuhnya di negeri-negeri dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Nasional.

Mereka yang sudah menerima dua suntikan vaksin di negeri-negeri berkenaan dibenarkan makan di restoran, rentas daerah, pelancongan tempatan dan bersukan. – 12 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan