Perbicaraan dalam talian jadi cabaran buat peguam
Iklan
PARA peguam berhadapan cabaran ketika pandemik Covid-19 ini apabila perlu menguruskan hal ehwal perundangan secara dalam talian seperti menguruskan perbicaraan dan temu ramah saksi.
Pengamal undang-undang berkata, setiap firma ada cabaran dan kejayaannya yang tersendiri, tetapi menyatakan ia lebih mencabar buat firma yang lebih kecil.
Antara cabaran itu seperti penjimatan masa dan perbelanjaan, namun penyesuaian diri ini perlukan tekanan tinggi, kata peguam kepada The Malaysian Insight.
Peguam Honey Tan Lay Ean dari Tan Law Practice berkata bekerja dalam talian telah menjadi perjuangan terutama buat peguam yang tidak mahir dalam teknologi, mereka yang menjalankan firma sendirian dan untuk litigator kanan.
Bukan semua bidang perundangan sesuai untuk dibuat secara dalam talian, tambahnya.
“Untuk pemindahhakkan, tidak semua dapat dibuat secara online. Sebagai contoh, apabila menjadi saksi tandatangan perjanjian klien, dan untuk persembahan slaid di pejabat tanah,” kata Tan.
Mahkamah maya untuk rayuan di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan lebih mudah sedikit berbanding perbicaraan, kata Tan.
Rayuan di mahkamah tinggi telah menyaksikan peralihan yang lancar ke alam maya, di mana perbicaraan diadakan melalui aplikasi Zoom.
“Ini sama (lebih mudah) juga untuk dengar permohonan di Mahkamah Tinggi kerana buktinya terkandung dalam afidavit,” katanya.
Tetapi untuk perbicaraan, peguam dan hakim ada beberapa cabaran, kata Tan.
“Berurusan dengan saksi yang lebih tua dalam masalah keluarga, dan tidak biasa dengan teknologi merupakan satu cabaran.
“Dan bagaimana hakim dapat temu ramah kanak-kanak dalam talian?”
Perbicaraan dalam talian juga sukar apabila ada banyak dokumen.
“Seorang saksi yang mencari muka surat dalam dokumen berpeluang tengok isi keseluruhan muka surat sebelum sampai ke muka surat yang mereka cari. Pada tahap tertentu, ini dapat tolong saksi melihat konteks dokumen.
“Apabila cuma muka surat tertentu sahaja yang dikongsikan di skrin, perlu ambil masa untuk biasakan diri ‘melihat secara menyeluruh’ dokumen,” kata Tan.
Lim Yew Yi dari Kerk & Partners bercakap tentang cabaran dihadapi peguam untuk berdebat melalui skrin komputer, dan juga ketika menyoal siasat saksi.
Lim bersetuju dengan Tan peguam tetap memilih untuk hadir ke perbicaraan secara langsung.
“Ada nuansa tertentu ketika perbicaraan yang paling bagus diperhatikan dan ditangani dengan hadir secara langsung,” kata Lim.
Cabaran lain untuk bekerja secara dalam talian bagi firma undang-undang adalah keperluan untuk melanggan perisian tertentu dan melatih staf membuat dokumentasi elektronik, tambahnya.
“Walaupun perubahan itu diterima dengan baik oleh kebanyakan peguam, anda masih akan jumpa pekerja lama yang tidak ada sumber yang diperlukan.”
Khor Heng How, pembantu kanan dari Bodipalar Ponnudurai De Silva, berkata penasihat undang-undang perlu lebih berdikari.
“Walaupun semua orang bekerja dari rumah, beberapa penasihat undang-undang kanan mengharapkan bantuan dari junior di pejabat boleh hadapi beberapa masalah,” katanya. – 13 Ogos, 2021.
Berita penuh di sini.