Iklan

Perlu undang-undang kurang menghukum, lebih mesra pemberi maklumat, kata peguam 

Aminah Farid3 years ago12th Aug 2021Berita
Mahkamah
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu disemak semula untuk menjadikan ia kurang menghukum dan lebih mesra kepada pemberi maklumat, kata peguam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2021.
Iklan

AKTA Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu disemak semula untuk menjadikan ia kurang menghukum (punitif) dan lebih mesra kepada pemberi maklumat, kata peguam Joachim Xavier hari ini.

Beliau berkata undang-undang itu bagus untuk melindungi pemberi maklumat, namun ia masih memerlukan semakan lebih serius, terutama berkenaan dengan sekatan bahawa pemberi maklumat hanya diberi perlindungan jika mereka melaporkannya kepada agensi penguatkuasaan terpilih.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 melindungi mereka yang mendedahkan salah laku agensi penguatkuasaan dengan melindungi maklumat sulit mereka dan memberi perlindungan kepada mereka daripada tindakan yang memudaratkan oleh pihak lain.

Di bawah akta berkenaan, seseorang individu boleh membuat pendedahan kepada tujuh agensi untuk mendapatkan perlindungan, termasuk polis, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, SPRM, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Joachim berkata demikian sebagai panel dalam seminar anjuran Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (C4) mengenai peranan penting pemberi maklumat dalam mengekang rasuah di tempat kerja hari ini.

“Ia mestilah lebih mengundang pemberi maklumat, jika tidak, saya tidak melihat adanya perubahan ketara terhadap pemberian maklumat atau peningkatan ketara dalam pemberitahuan maklumat di Malaysia dan kita tahu bahawa pemberitahuan maklumat adalah cara terbaik untuk mendedahkan rasuah, jadi saya berpendapat bahawa memerlukan beberapa perubahan yang serius,” kata Joachim yang merupakan rakan kongsi di firma guaman Nadzarin Kuok Puthucheary and Tan.

“Saya juga pernah mewakili anak guam yang mempunyai keraguan munasabah yang mana Kanun Prosedur Jenayah mewujudkan kewajipan untuk melaporkan masalah tersebut kepada pihak berkuasa, namun pihak berwajib kemudian akan berpaling dan menyoal anak guam saya dan bukan menyiasat laporan berkenaan,” katanya.

“Oleh itu, kami mengingatkan pegawai berkenaan bahawa anak guam saya mempunyai kecurigaan yang munasabah atas kesalahan yang berlaku di bawah undang-undang rasuah dan adalah tugas anda untuk menyiasatnya,” katanya.

Beliau juga berkata ada juga keadaan di mana agensi penguatkuasaan memberitahu mereka bahawa laporan akan dibuat terhadap anak guamnya kerana salah lapor hanya kerana anak guamnya tidak berada di kedudukan untuk memberi pihak berkuasa akses ke semua dokumen yang diperlukan dan tidak dapat membuktikan keraguan yang munasabah.– 12 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan