Iklan

Saksi beritahu disaman 1MDB kerana penipuan, kecuaian

Hailey Chung Wee Kye3 years ago12th Aug 2021Berita
1malaysia development berhad 1mdb logo epa 260518
Iklan

BEKAS pengarah pelaburan 1MDB yang menjadi saksi di Mahkamah Tinggi hari ini berkata syarikat lamanya memfailkan saman terhadap beliau kerana penipuan dan kecuaian.

Kelvin Tan Kay Jin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menuduhnya melakukan penipuan yang menyebabkan syarikat mengalami kerugian sebanyak AS$1 bilion.

Tan adalah saksi pendakwaan kelapan dalam perbicaraan laporan audit 1MDB yang disambung semula pagi ini selepas tertangguh hampir enam bulan.

Semasa menjadi perunding dengan unit pembangunan ekonomi Bank Dunia, lelaki berusia 50 tahun itu memberi keterangan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib, 68, dituduh menggunakan kedudukannya mengarahkan pindaan laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bagi mengelak tindakan diambil terhadapnya.

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB yang turut dituduh, Arul Kanda, 46, didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan pada laporan tersebut bagi melindungi Najib agar tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Tan mendedahkan beliau disaman oleh 1MDB semasa soal balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee: Adakah anda disaman oleh 1MDB?

Tan: Ya.

Shafee: Nampaknya anda seorang yang pandai bercakap, pintar, jadi mengapa anda disaman?

Tan: Kemungkinan besar mereka melakukan kesilapan, saman itu tiada merit.

Shafee: Apa yang mereka dakwa anda lakukan?

Tan: Mereka mendakwa saya melakukan beberapa penipuan yang menyebabkan 1MDB mengalami kerugian AS$1 bilion.

Terdahulu dilaporkan 1MDB memfailkan saman bernilai AS$8 bilion terhadap Najib dan 13 yang lain atas kesalahan pecah amanah. – 12 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan