318 kes kematian Covid-19, jumlah kes aktif meningkat
Iklan
MALAYSIA merekodkan 318 kes kematian Covid-19 hari ini manakala jumlah kes aktif turut mencecah 237,021, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Angka terkini kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kepada 11,691.
Sementara itu, 1,059 pesakit kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital seluruh negara, yang mana 543 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes harian Covid-19 hari ini turut mencatatkan angka tertinggi dengan 21,688 kes yang mana 58 daripadanya adalah kes import. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes seluruh negara kepada 1,342,215.
Dalam pada itu, 17,687 pesakit pulih daripada koronavirus menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kepada 1,093,503.
93 daripada kes kematian hari ini adalah kematian luar hospital manakala 225 mninggal dunia di hospital.
Selangor merekodkan kes kematian tertinggi dengan 118 kes, diikuti Johor (52 kes), Kuala Lumpur (45 kes), Sabah (28 kes) dan Kedah (19 kes).
Pulau Pinang dan Melaka masing-masing merekodkan 10 kes, Perak sembilan kes, Pahang lapan kes dan Negeri Sembilan tujuh kes kematian.
Sementara Sarawak, Kelantan, dan Terengganu masing-masing merekodkan empat kes kematian.
2,720 atau 12.6% kes positif adalah mereka yang sudah divaksin sepenuhnya. Majoriti mereka (1,452 kes) adalah Kategori 2 atau bergejala ringan, manakala 1,228 adalah tidak bergejala.
12 daripada mereka kini kritikal dalam Kategori 5, manakala sembilan kes adalah Kategori 4 dan 19 Kategori 3.
Bagi yang belim menerima vaksin, 8,941 kes dalam Kategori 1, 9,607 dalam Kategori 2 dan 145 dalam Kategori 3. Bagi peringkat seterusnya terdapat 75 kes di Kategori 4 dan 180 di Kategori 5. – 12 Ogos, 2021.