Iklan

KKM lapor 20,546 kes baharu Covid-19

Aminah Farid3 years ago15th Aug 2021Berita
Kl daily 100821 tmiseth 03
Kementerian Kesihatan melaporkan kes baharu Covid-19 tertinggi dengan pada Jumaat lepas dengan 21,468 kes manakala sebanyak 20,670 kes dicatatkan semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Ogos, 2021.
Iklan

MALAYSIA mencatatkan 20,546 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir yang menunjukkan penurunan dari angka semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Kementerian Kesihatan melaporkan kes baharu Covid-19 tertinggi dengan pada Jumaat lepas dengan 21,468 kes manakala sebanyak 20,670 kes dicatatkan semalam.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sebahagian besar kes adalah dari Kategori 1 dan 2 yang merupakan kes tanpa gejala serta ringan.

Daripada jumlah hari ini, Lembah Klang melaporkan 8,749 kes baharu dengan Selangor mencatatkan 7,307 dan Kuala Lumpur 1,442 kes. 

Sementara itu negeri lain yang melaporkan lebih dari 1,000 jangkitan adalah Johor (1,508), Sabah (1,665), Kedah (1,596), Pulau Pinang (1,111) dan Kelantan (1,025).

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kes baharu adalah Sarawak (963), Negeri Sembilan (698), Melaka (631), Pahang (926), Terengganu (534), Putrajaya (47), Perlis (21) dan Labuan (3).

Kementerian Kesihatan sudah memberikan 442,150 suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Sehingga kini, lebih 40% populasi dewasa sudah divaksin sepenuhnya dan 50% sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama. – 15 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan