Iklan

Lebih 90% pesakit Covid-19 kategori 5 belum divaksin, menurut statistik

Hailey Chung Wee Kye3 years ago16th Aug 2021Berita
50975631222 6727a509a0 b
Statistik Kementerian Kesihatan Malaysian menunjukkan golongan yang belum menerima vaksin lebih berisiko jika dijangkiti Covid-19 berbanding mereka yang sudah menerima vaksin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Ogos, 2021.
Iklan

SEBILANGAN besar kes baharu Covid-19 dalam dua minggu pertama Ogos adalah secara konsisten daripada pesakit yang tidak lengkap atau tidak divaksinasi, menurut statistik yang ditunjukkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kumpulan ini mendominasi kes Kategori 5 (keadaan kritikal yang memerlukan alat bantuan pernafasan) setiap hari pada Ogos setakat ini.

Lebih 90% pesakit Kategori 5 dalam tempoh dua minggu ini tidak diimunisasi.

Terdapat 2,344 kes Kategori 5 sejak 1 Ogos dengan jumlah tertinggi pada 7 Ogos sebanyak 448 kes.

Sabtu lepas menyaksikan peningkatan kepada 388 kes daripada 271 kes sehari sebelumnya yang merupakan jumlah kedua tertinggi pada Ogos.

Sebilangan besar kes Kategori 1 (tanpa gejala) Covid-19 juga melibatkan mereka yang tidak mempunyai sejarah vaksin atau hanya mengambil dos pertama.

Kumpulan ini merangkumi 80% pesakit tanpa gejala selama dua hari pada dua minggu.

Pesakit kategori 1 menyumbang 133,969 kes sejak 1 Ogos.

Sebilangan besar kes baharu harian adalah dari pesakit Kategori 1 dan Kategori 2 (gejala ringan), masing-masing dalam lingkungan 8,000 hingga 11,000 kes sehari.

Kes baharu Covid-19 setiap hari kekal dalam lingkungan 15,000 hingga 22,000 bulan ini.

Sebilangan besar kes yang dimasukkan ke hospital melibatkan Kategori 3 hingga 5, sementara Kategori 1 dan 2 menjalani kuarantin diri di rumah.

Secara keseluruhan, lebih separuh pesakit Covid-19 untuk semua kategori kes Covid-19 tidak divaksin, bergantung pada peratusan yang lebih tinggi.

Setakat Ogos, sejumlah 271,081 kes Covid-19 sudah dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mula mengetengahkan statistik ini setiap hari menerusi Twitternya sejak 11 Ogos.

Beliau juga menekankan berulang kali agar individu dan keluarga menerima suntikan untuk perlindungan daripada virus berkenaan.

Pada Sabtu, beliau berkata bahawa vaksin Covid-19 yang digunakan di Malaysia terbukti berkesan terhadap varian Delta.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan sudah memberikan 27,293,915 juta dos vaksin sejak 24 Februari.

Kerajaan menyasarkan untuk mengimunisasi 50% populasi menjelang Hari Merdeka. – 16 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan