Iklan

Kempen vaksinasi diteruskan walau peletakan jawatan kabinet, kata Kian Ming

Hailey Chung Wee Kye3 years ago16th Aug 2021Berita
Vaksin
Program vaksinasi tidak akan terganggu dengan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin dan kabinet kerana strukturnya sudah sedia ada, kata Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Ogos, 2021.
Iklan

PROGRAM vaksinasi yang sedang berjalan tidak akan terganggu walaupun dengan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin dan jemaah menterinya kerana strukturnya sudah ada, kata Ong Kian Ming. 

Ong yang juga penyelaras Operasi Lonjakan Kapasiti Selangor bagi Program Vaksinasi Covid-19 berkata bekalan vaksin juga cukup untuk rakyat sehingga September. 

“Berita baik bagi program vaksinasi adalah sturktur dan platformnya sudah ada. 

“Jadi ia akan diteruskan walaupun tanpa menteri ketika ini,” katanya pada webinar anjuran UOB Kay Hian hari ini. 

Ong merujuk kepada Khairy Jamaluddin yang merupakan menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick), yang merupakan orang pertama mengesahkan peletakan jawatan jemaah menteri menerusi media sosial.

“Saya sudah melihat jumlah bekalan vaksin Covid-19 untuk September dan ia sebenarnya baik,” kata Ong. 

Ong juga menggesa rakyat Malaysia agar tidak perlu bimbang selepas insiden penutupan empat pusat pemberian vaksin (PPV) di Pulau Pinang semalam berikutan kekurangan lebih 20,000 dos vaksin Pfizer.

“Menteri berjaya mendapatkan perjanjian segera dengan Sinovac untuk perolehan vaksin,” katanya.

Namun, penduduk Pulau Pinang yang sudah mendapatkan dos pertama Pfizer perlu menunggu beberapa minggu untuk dos kedua mereka.

“Setakat apa yang saya lihat, kekurangan bekalan (di Pulau Pinang) hanya sementara kerana Pfizer mengalami kekurangan di peringkat global,” katanya. – 16 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan