Iklan

1,047 pesakit Covid-19 di ICU, 520 perlu alat bantuan pernafasan

Aminah Farid3 years ago16th Aug 2021Berita
Icu
Malaysia turut merekodkan 274 kes kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 12,784.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Ogos, 2021.
Iklan

520 daripada 1,047 pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan alat bantuan pernafasan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Malaysia turut merekodkan 274 kes kematian hari ini, sedikit penurunan berbanding 282 yang direkodkan semalam. 

Angka kematian itu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 12,784. 

17,450 kes pulih turut direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kepada 1,162,578.

Daripada jumlah kematian yang direkodkan hari ini, 77 adalah kematian luar hospital dan 201 mempunyai sejarah penyakit kronik.

274 kes kematian hari ini melibatkan 100 di Selangor, 39 kes di Kuala Lumpur, 31 kes di Johor, 21 kes di Kedah, 19 kes di Pulau Pinang, 16 kes di Melaka, 15 kes di Sabah, 10 kes di Perak, sembilan kes di Kelantan, lima kes masing-masing di Sarawak dan Negeri Sembilan, tiga kes di Terengganu dan satu kes di Pahang.

Mengenai kes jangkitan hari ini, Malaysia merekodkan 19,740 kes jangkitan baharu yang mana 16,805 adalah pesakit yang sama ada belum divaksin atau belum melengkapkan dua dos vaksinasi.

Dr Noor Hisham berkata pesakit dalam Kategori 3 (radang paru-paru), Kategori 4 (radang paru-paru dan perlu alat bantuan pernafasan) dan Kategori 5 (kritikal) merekodkan 298 kes atau 1.5% daripada jumlah kes hari ini.

Sementara itu, 19,442 atau 98.5% kes adalah dari Kategori 1 (tidak bergejala) dan Kategori 2 (bergejala ringan). – 16 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan