Iklan

Penjawat awam terus komited, kata KSN

Hailey Chung Wee Kye3 years ago17th Aug 2021Berita
218329173 4181121942009121 8626363663667807729 n
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata penjawat awam dalam semua agensi dan kementerian akan terus memberi tumpuan dalam usaha memulihkan ekonomi, memperguat dasar sedia ada demi kelangsungan hidup rakyat dan negara. – Gambar Facebook, 17 Ogos, 2021.
Iklan

MALAYSIA akan terus ditadbir dengan baik melalui komitmen tidak berbelah bahagi para penjawat awam dari semua sektor, kata Mohd Zuki Ali hari ini.

Ketua Setiausaha Negara sejak 1 Januari 2020 itu mempengerusikan mesyuarat khas ketua-ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua perkhidmatan secara maya bagi memastikan perkhidmatan kerajaan tidak terjejas.

“Setiap kementerian dan agensi terus memberikan tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi dan mempergiat pelaksanaan dasar-dasar sedia ada demi kelangsungan hidup rakyat dan Negara,” kata Zuki.

“Saya bersama-sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, KP Kesihatan, KP Pendidikan, KP MKN, KP Kerja Raya, para KSU dan KP serta seluruh kepimpinan Perkhidmatan Awam yang lain akan terus teguh bekerja sehabis baik.”

Beliau memberi jaminan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan dalam situasi semasa yang mencabar ini

Semalam, Zuki berkata perkhidmatan awam tidak akan terjejas berikutan situasti semasa negara.

Beliau berkata demikian sejurus Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri dan peletakan jemaah kabinetnya di bawah kerajaan Perikatan Nasional. – 17 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan