Iklan

Ahli Parlimen didesak dedah calon pilihan PM

Hailey Chung Wee Kye3 years ago17th Aug 2021Berita
3aaf422e-ec19-4bef-afc3-f6a816ce01af
Pengguna media sosial gesa ahli Parlimen dedah pilihan perdana menteri mereka susulan wakil rakyat diminta menghantar surat akuan ke Istana Negara sebelum 4 petang esok. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 17 Ogos, 2021.
Iklan

PENGGUNA media sosial menggesa ahli Parlimen mendedahkan pilihan perdana menteri mereka susulan wakil rakyat diminta menghantar surat akuan ke Istana Negara sebelum 4 petang esok.

Ada antara mereka berkata pilihan perdana menteri sepatutnya dilakukan secara fizikal di Parlimen kerana rakyat Malaysia berhak tahu siapa yang disokong ahli Parlimen mereka sebagai perdana menteri.

Mereka mengulas kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun yang awal hari ini berkata surat akuan sokongan boleh secara faks, e-mel atau WhatsApp, tetapi tidak boleh secara serahan tangan kerana Istana Negara bagi pencegahan pandemik Covid-19 esok.

Pengguna media sosial mahu lebih ketelusan dalam proses itu dan menggesa ahli Parlimen secara terbuka memberitahu siapa calon pilihan mereka.

Seorang pengguna Twitter @zemiahnour tag Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming.

“Salam sejahtera @imokman, saya minta anda secara terbuka isytihar/siarkan surat akuan anda (untuk sokong ahli Parlimen mana sebagai calon PM) kepada umum,” katanya.

Ong membalas, “Tidak ada masalah. Pendirian saya dan pendirian parti saya jelas. Saya akan menyokong @anwaribrahim sebagai calon PM saya. Kecuali ada arahan lain daripada parti, ini akan jadi pilihan saya.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata masa terlalu suntuk untuk mereka membuat pilihan.

Azhar terdahulu berkata surat akuan itu boleh dihantar secara faks, e-mel atau WhatsApp, tetapi tidak boleh secara serahan tangan kerana Istana Negara bagi pencegahan pandemik Covid-19 sebelum 4 petang esok.

“Speaker ambil masa tujuh bulan untuk mengadakan mesyuarat. Beliau beri kami 24 jam untuk beri satu nama.

“Tempahan online untuk kek mentega saya juga perlukan tiga hari untuk disiapkan dan penghantaran,” kata Yeoh di Twitter. – 17 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan