Iklan

Larangan makan di tempat dikuatkuasa di 8 daerah Sarawak, kata JPBN

Desmond Davidson3 years ago20th Aug 2021Berita
50043341178 86633a7cdb o
Hari ini Sarawak mencatat rekod baharu dengan 2,548 kes, walaupun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata 2,547 atau 99.96% jangkitan berada dalam Kategori 1 dan 2. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Ogos, 2021.
Iklan

BERMULA Ahad ini Sarawak melarang makan di tempat di lapan daerah selama seminggu ketika negeri itu berhadapan lonjakan jangkitan harian Covid-19.

Hari ini Sarawak mencatat rekod baharu dengan 2,548 kes, walaupun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata 2,547 atau 99.96% jangkitan berada dalam Kategori 1 dan 2.

Cuma satu kes dilaporkan berada dalam Kategori 5, di mana pesakit mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator bagi membantu bernafas.

Melalui prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang diperketat di lapan daerah itu, waktu operasi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu telah disingkatkan bermula 5 pagi hingga 8 malam.

Larangan keluar juga dikuat kuasa semula dan JPBN melarang orang ramai berada di kawasan awam selepas pukul 10 malam tanpa alasan yang sah.

Dalam pada itu Kuching mencatat 1,601 kes hari ini sementara Serian mencatat 240, Bau (131), Samarahan (116), Lundu (94), Simunjan (60), dan Tebedu (41).

Tidak ada kematian dilaporkan hari ini walaupun ada satu kluster baharu di Long Urun di Belaga.

Kluster rumah panjang ini telah menjangkiti 79 penduduk. – 20 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan