Iklan

Pertimbang pilihan raya semula elak wakil rakyat belot, kata bekas ketua hakim

Desmond Davidson3 years ago21st Aug 2021Berita
49932074161 d4432e6f95 c
Jika ada undang-undang untuk mengadakan semula pilihan raya, perwakilan yang dipilih tidak akan mudah belot atau melompat ke parti lain dengan apa jua alasan sekali pun, kata bekas ketua hakim negara Richard Malanjum. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Ogos 2021.
Iklan

SUDAH tiba masa negara mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya semula bagi memastikan perwakilan yang dipilih bersedia dan menghentikan aktiviti lompat parti, kata bekas ketua hakim negara Richard Malanjum.

Katanya, jika ada undang-undang untuk mengadakan semula pilihan raya, perwakilan yang dipilih tidak akan mudah belot atau melompat ke parti lain dengan apa jua alasa sekali pun.

Pemilihan semula adalah prosedur di mana pengundi dapat menyingkirkan wakil rakyat mereka melalui referendum atau pilihan raya baru sebelum tempoh jawatannya berakhir.

Pilihan raya semula dapat dilakukan jika 51% atau lebih daripada pengundi di kawasan tersebut menandatangani petisyen perkara berkenaan.

Malanjum dalam wawancara dalam taliannya bertajuk ‘Demokrasi dan Kedaulatan Undang-Undang di Malaysia’ hari ini, berkata pembelotan ahli politik sering mencetuskan pergolakan seperti apa yang berlaku di negara ini dalam tempoh dua tahun ini.

Beliau merujuk kepada pembelotan sebahagian wakil rakyat Pakatan Harapan yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH pada Februari tahun lalu.

Peralihan sokongan itu turut menyebabkan pilihan raya negeri di Sabah pada bulan Julai tahun lalu.

“Itulah sebabnya kita berada di lubang ini sekarang,” katanya.

Malanjum berkata jika negara ini mempunyai sistem pilihan raya semula, “maka kita dapat memiliki YB (wakil rakyat) yang baik dan bertanggungjawab”.

“Melaksanakan pemilihan semula (maka) wakil rakyat yang ada sekarang dapat disingkirkan. Perwakilan yang dipilih mesti diberitahu bahawa mereka mempunyai kewajiban kepada orang-orang yang memilih mereka.

“Mereka mempunyai tanggungjawab. Mereka tidak boleh bersikap seperti mereka raja atau penguasa selepas pilihan raya,” katanya. – 21 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan