Iklan

Dalam sebulan 3,292 kes Covid-19 libatkan Orang Asli dikesan, kata NGO

Aminah Farid3 years ago22nd Aug 2021Berita
Orang asli vaccine 20210619 tmihasnoor 007
Kemasukan orang luar, ketidakpatuhan SOP dan ketakutan terhadap vaksin menyebabkan kes Covid-19 Orang Asli semakin naik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2021.
Iklan

DALAM hanya sebulan dari 20 Julai hingga 20 Ogos, kes Covid-19 dalam kalangan komuniti Orang Asli meningkat daripada 287 sehingga 3,293 kes, kata Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC).

Dalam satu kenyataan Pengasas COAC Dr Colin Nicholas berkata setakat ini, dijangkakan 3,293 kes Covid-19 melibatkan Orang Asli dikesan dengan 49 kematian.

Tambahnya, sebanyak 32 kluster juga dikesan berlaku dan 60 perkampungan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sejak pandemik bermula.

COAC berkata lawatan orang luar, ketidakpatuhan SOP dan ketakutan kepada vaksin antara faktor penyumbang peningkatan kes Covid-19 dalam komuniti Orang Asli.

Colin berkata beberapa orang termasuk beliau, Reita dari Gerai OA dan peguam Bah Tony memantau kes Covid-19 dalam kalangan Orang Asli dengan teliti.

“Maklumat dan data diperolehi daripada perkembangan harian dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan pelbagai hantaran di laman sosial termasuk di laman web JAKOA, perbincangan dalam pelbagai kumpulan Orang Asli serta perhubungan langsung dengan mereka yang menangani situasi Covid di komuniti Orang Asli,” kata Colin.  

Menurutnya, statistik itu menunjukkan situasi yang membimbangkan. Sejak akhir Julai 2021, juga berlaku pertambahan kes jangkitan dan kematian.

Wujud juga isu Orang Asli terpaksa menghabiskan masa di pusat kuarantin.

“Budak kecil termasuk bayi berusia 9 bulan juga tidak terlepas (di kuarantin),” katanya. – 22 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan